17loka.transformed.jpg

LOKA Malaysia dilancarkan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: LOKA Malaysia, kedai konsep runcit utama yang menghimpunkan jenama keluaran tempatan dilancarkan hari ini dengan menyediakan akses terbaik kepada usahawan tempatan untuk menembusi pasaran premium.

Kedai konsep itu Adalah yang pertama seumpamanya di negara ini yang menghimpunkan kira-kira 40 jenama produk berkaitan gaya hidup yang dibuka di Pusat Beli-Belah NU Sentral di sini.

Ia dimiliki oleh Gemilang 4E Sdn Bhd, agensi pembangunan usahawan yang ditubuhkan pada 2014.

Pengarah LOKA Malaysia, Shahrizal Shaarani, berkata pembukaan kedai konsep itu Adalah untuk menyediakan ruang kondusif kepada jenama tempatan yang berpotensi tinggi menembusi pasaran utama.

Beliau berkata, pihaknya membantu usahawan untuk menguruskan risiko perniagaan mereka, jadi mereka boleh menumpukan kepada usaha memantapkan prestasi jenama mereka.

“Pembukaan kedai konsep itu membabitkan pelaburan awal RM1.5 juta,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran LOKA Malaysia oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah di sini, hari ini.

LOKA Malaysia dilancarkan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *