05sadiq.transformed.jpg

London rancang denda kenderaan bawa pencemaran

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SADIQ Khan. – Foto REUTERS

LONDON: Datuk Bandar London, Sadiq Khan merancang untuk mengenakan denda ke atas kereta dan van yang menyumbang pencemaran teruk dengan bayaran harian 12.50 pound (RM71) untuk masuk ke bandar raya itu bermula April 2019.

Rancangan itu sebagai usaha untuk mengurangkan kenderaan menggunakan petrol.

Beliau, seorang pesakit asma yang dipilih menjadi datuk bandar hampir setahun lalu, berjanji untuk menjadikan London sebagai antara bandar raya bebas pencemaran di dunia dengan menambahkan bas elektrik dan tempat caj kereta.

Sistem Zon Pelepasan Ultra Rendah (ULEZ), yang mana kereta diwajibkan memenuhi syarat ketat pelepasan untuk masuk, Akan dilaksanakan pada April 2019 dan bukan September 2020 seperti dirancang sebelum ini.

“Udara di London boleh mengancam nyawa dan saya Tak akan duduk diam sahaja,” kata Khan.

Datuk Bandar juga akan memulakan rundingan untuk meluaskan zon ke seluruh London bagi bas, kereta Barah dan lori. – REUTERS

London rancang denda kenderaan bawa pencemaran

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *