17madius2.transformed.jpg

MaGIC jalin usaha sama bangun usahawan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

CYBERJAYA: Pusat Penemuan dan Kreativiti Dunia Malaysia (MaGIC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan tiga entiti bagi menjalin kerjasama pembangunan keusahawanan di Malaysia.

Kerjasama membabitkan MaGIC, Accenture, Thin City dan MIMOS Bhd menjadi sebahagian daripada rangkaian tanggungjawab keusahawanan korporat (CER) pusat kecemerlangan usahawan itu.

Menteri Sains Teknologi dan Penemuan, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, berkata MoU itu akan menyaksikan Accenture dan MIMOS sebagai Pakar dalam inisiatif CER Circle di bawah MaGIC.

“Kerjasama ini dapat menggabungkan faktor penting untuk menjayakan program keusahawanan seperti teknologi canggih MIMOS dan kemahiran Accenture dalam aspek strategi, perkhidmatan serta teknologi dan perundingan perniagaan,” katanya berucap pada majlis pertukaran MoU tiga entiti itu di sini, hari ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Teknologi dan Penemuan Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Yahaya (kiri) dan Menteri Sains Teknologi dan Penemuan, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (kiri ke-2) di Pusat Penemuan & Kreativiti Dunia Malaysia selepas mengadakan memorandum persefahaman (MoU). – Foto Hafiz Sohaimi

Sebagai Pakar dalam rangkaian CER MaGIC, ketiga-tiga rakan kongsi baharu itu dapat memanfaatkan kepakaran dan pengalaman masong-masing untuk menyediakan asas kukuh bagi melahirkan persekitaran yang mampu berkembang maju dalam ekonomi masa depan.

MaGIC jalin usaha sama bangun usahawan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *