26hak.transformed.jpg

Mahkamah Perancis gantung larangan pakai burkini

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

PEGUAM, Patrice Spinosi yang mewakili Liga Hak Asasi Manusia, menjawab soalan pemberita di luar mahkamah pentadbiran utama Perancis, Conseil d’Etat, di Paris. – Foto AP

PARIS: Mahkamah pentadbiran tertinggi Perancis hari ini menggantung larangan pemakaian baju renang penuh burkini yang menaikkan kemarahan umat Islam serta memecah belahkan kerajaan, sementara menunggu satu keputusan muktamad.

Conseil d’Etat memberi keputusan itu susulan permohonan daripada Liga Hak Asasi Manusia supaya membatalkan larangan pemakaian burkini di bandar Mediterranean di Villeneuve-Loubet atas alasan ia bertentangan dengan kebebasan awam.

Mahkamah itu, dalam satu kenyataan, memaklumkan perintah melarang pemakaian burkini di Villeneuve-Loubet “jelas Tak sah, melanggar kebebasan asas untuk datang dan pergi, kebebasan kepercayaan dan kebebasan individu.”

Mengikut sistem perundangan Perancis, keputusan sementara boleh dibuat sebelum mahkamah mengambil lebih banyak masa menyediakan penghakiman berhubung kesahihan asas kes itu.

Larangan itu yang terpakai ke atas lebih 12 bandar tepi pantai, mendedahkan keretakan dalam perpaduan kerajaan Sosialis Bila Perdana Menteri, Manuel Valls, mempertahankannya manakala beberapa menteri mengkritiknya.

Isu itu menunjukkan kesukaran Perancis yang sekular dalam bertindak balas terhadap serangan pelampau tempatan serta militan asing susulan serangan di Nice dan gereja Normandy Julai lalu. – Reuters

Mahkamah Perancis gantung larangan pakai burkini

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail