alifqa.transformed.jpg

Majlis resepsi Aliff, Nas Adilla meriah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Majlis resepsi pasangan bekas bintang Akademi Fantasia (AF), Mohamad Aliff Mohd Razali dan Nas Adilla Mohd Dan yang berlangsung di Dewan Besar Sungai Dua di sini, meriah Bila dihadiri lebih 2,000 tetamu.

Majlis yang bermula jam 12 tengah hari tadi bertemakan ala Inggeris selepas pasangan pengantin diijabkabulkan di Masjid Negara pada 12 Disember lalu.

Mohamad Alif atau lebih dikenali sebagai Alif, berkata beliau bersyukur kerana segala perancangan majlis persandingannya itu berjalan lancar.

“Alhamdulillah selepas lebih dua bulan mendirikan rumah tangga, kehidupan saya kini lengkap dan bahagia bersama isteri.

“Terima kasih kepada keluarga mentua termasuk ayah dan bonda, Mohd Dan Sudin dan Rashidah Abdul Hamid serta rakan Seniman termasuk Khai, Rosma dan Lan Kristal yang banyak membantu,” katanya.

Pasangan Alif, 29, dan Nas Adila, 29, mengakhiri zaman bujang mereka Bila selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada jam 10.40 pagi di Masjid Negara, 12 Disember tahun lalu.

Majlis resepsi Aliff, Nas Adilla meriah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *