Angah-14.png

Majlis Resepsi Angah Raja Lawak Yang Cukup Meriah!

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pelawak terkenal, Angah Raja Lawak telah selamat bernikah dengan gadis pilihan hati di kediaman pengantin perempuan bertempat di Melaka Perdana Hormes semalam.

Dengan hanya sekali lafaz, Angah sudah sah bergelar suami kepada Amira Asyura Abd Razak dan pada sama Angah telah menamatkan zaman dudanya selama beberapa tahun ini.

Majlis resepsi mereka telah diadakan di Dewan Tun Ali pada petang semalam. Majlis yang sangat meriah ini dihadiri oleh keluarga dan juga sahabat handai serta pelawak dan Seniman tanah air.

Ketika majlis tersebut, mereka turut mengadakan majlis merenjis dan majlis itu di acarakan oleh Nabil Ahmad. Memang cukup meriah dengan telatah bersahaja dari pengacara terkenal ini.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran penceramah terkemuka Ustaz Hazlin Bollywood dan juga isteri Timbalan Perdana Menteri iaitu Datin Seri Hamidah Khamis.

Majlis Resepsi Angah Raja Lawak Yang Cukup Meriah!

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *