amin1.jpg.transformed_1.jpg

Malaysia berminat adaptasi sistem pendidikan awal UK

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MAHDZIR menyerahkan cendera hati kepada Humaira sambil diperhatikan Dr Amin. -Foto NSTP

LONDON: Malaysia berminat untuk mengadaptasi sistem pendidikan awal kanak-kanak yang diamalkan di Iqra Primary VA School, Clapham di Selatan London.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata empat faktor yang dilaksanakan di sekolah itu dilihat berpotensi meningkatkan mutu pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.

Katanya, faktor berkenaan Adalah kepimpinan pengurusan sekolah yang kuat, infrastruktur yang lengkap, guru yang dedikasi dan kerjasama antara sekolah dan University Collage London (UCL).

“Sekolah ini menyediakan kemudahan padang permainan untuk kanak-kanak pra sekolah dan infrastruktur lengkap seperti perpustakaan, pusat aktiviti dan makmal untuk sekolah rendah.

“Manakala UCL pula menyumbang pengalaman yang banyak dalam akademik untuk memberi pengetahuan tambahan kepada guru di sekolah ini,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas melawat Iqra Primary School, hari ini.

Turut serta, Timbalan Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin dan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Md Rozai Shafian.

Mahdzir berada di sini untuk lawatan kerja serta menghadiri Lembaga Pendidikan Dunia (EWF) 2017 di Park Plaza Westminster Bridge Hotel.

Mahdzir berkata, Iqra Primary School Adalah sekolah bantuan kerajaan dengan seratus peratus murid beragama Islam.

“Mereka memilih kurikulum kebangsaan United Kingdom (UK) dan pada masa sama ada kelas pengajian Islam.

“Kita lihat apa yang dapat kita bawa balik untuk meningkatkan kualiti pra sekolah di Malaysia. Menariknya di sini, satu kelas ada seorang guru dan tiga pembantu guru.

“Kita akan berbincang di peringkat pengurusan tertinggi kementerian bagaimana untuk menggunakan pakai kaedah pengajaran dan pengurusan pendidikan pra sekolah seperti di Iqra Primary School ini,” katanya.

Dalam lawatan itu, delegasi Malaysia disambut oleh Pengetuanya Humaira Saleem. Iqra Primary School yang mempunyai 240 murid dari usia 3 Sampai 11 tahun menawarkan pendidikan Islam dan kurikulum UK kepada masyarakat Islam di Brixton dan kawasan sekitar London.

Malaysia berminat adaptasi sistem pendidikan awal UK

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *