28apandi.transformed.jpg

Malaysia-Bulgaria meterai MoU inisiatif perundangan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bertukar dokumen dengan Menteri Luar Republik Bulgaria, Daniel Mitov selepas menandatangi memorandum persefahaman antara kerajaan Malaysia dan Republik Bulgaria mengenai aktiviti kerjasama undang-undang di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya. – Foto NSTP

PUTRAJAYA: Malaysia dan Bulgaria hari ini menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) mengenai inisiatif kerjasama perundangan.

Ia ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Menteri Luar Bulgaria, Daniel Mitov di Jabatan Peguam Negara (JPN) Malaysia di sini, hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, JPN berkata MoU itu bertujuan mewujudkan satu platform hubungan bagi kerjasama perundangan antara Malaysia, yang diwakili JPN, dengan kerajaan Bulgaria, yang diwakili Kementerian Keadilannya.

“MoU ini bukan sahaja menjadi alat untuk mengukuhkan lagi hubungan profesional sedia ada antara para pegawai undang-undang dari kedua-dua negara, tetapi kerjasama yang terjalin juga akan menjadi Lembaga penting bagi pertukaran maklumat, pengalaman, pengetahuan dan amalan terbaik berkaitan isu perundangan, demi manfaat kedua-dua pihak,” katanya. – BERNAMA

Malaysia-Bulgaria meterai MoU inisiatif perundangan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *