20160516pmbursas.transformed_0.jpg

Malaysia di landasan betul capai KDNK 4.5 peratus – Najib

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir pada sesi sarapan pagi Bursa Malaysia di Marlborough House, London, hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan. – Foto BERNAMA

LONDON: Malaysia di landasan betul untuk mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.5 peratus pada 2016, kata Datuk Seri Najib Razak.

Memberitahu kumpulan 28 pengurus dana utama di United Kingdom (UK) di London, hari ini, Perdana Menteri berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia mampu melonjak pada separuh kedua tahun ini, selepas penurunan kecil pada suku kedua.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia menjangkakan akan memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Singapura berhubung projek kereta Barah laju Julai depan.

Difahamkan MoU itu akan ditandatangani ketika mengadakan mesyuarat tahunannya dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong.

MOU itu akan membuka jalan kepada kedua-dua pihak untuk memeterai perjanjian penuh dalam melaksanakan projek yang menelan belanja berbilion ringgit itu.

Bila siap kelak, tempoh perjalanan kereta Barah kelajuan tinggi itu hanya mengambil masa 90 minit menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Najib yang dalam rangka lawatan lima hari ke London, juga memberi jaminan kepada pengurus dana bahawa Malaysia komited kepada amalan perbelanjaan berhemat dan disiplin fiskal tahun ini.

Malaysia di landasan betul capai KDNK 4.5 peratus – Najib

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *