08dua_hala.transformed.jpg

Malaysia, Iran sasar ganda nilai dagangan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Iran Dr Hassan Rouhani mengadakan mesyuarat dua hala di Bangunan Perdana Putra hari ini. – Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Malaysia dan Iran bersetuju bahawa satu mekanisme baharu diwujudkan bagi membolehkan urusan perdagangan dua hala antara dua negara dijalankan secara efektif serta efisyen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bank pusat di kedua-dua negara akan mengadakan perbincangan secepat mungkin bagi tujuan itu.

Perdana Menteri berkata, berikutan sekatan antarabangsa yang dikenakan ke atas Iran sebelum ini, jumlah dagangan antara kedua-dua negara merosot kepada RM1.03 bilion dari Januari Sampai Jun tahun ini.

“Jumlah itu hanya separuh daripada apa yang sepatutnya dicapai. Kita mahu menggandakan jumlah dagangan itu, jika boleh dalam masa yang singkat,” katanya pada sidang media bersama Presiden Iran, Dr Hassan Rouhani di Perdana Putra di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, delegasi dari Malaysia diketuai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan ke Iran secepat mungkin bagi memberi penjelasan mengenai beberapa isu mengenai minyak sawit Malaysia yang mendapat tempat di negara itu.

“Selain itu, MPOB dijangka akan membuka pejabat seranta di Tehran pada suku pertama tahun depan,” katanya.

Malaysia, Iran sasar ganda nilai dagangan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *