09najibb.transformed_1.jpg

Malaysia sedia bantu proses damai selatan Thai – Najib

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (dua dari kiri) disembut mesra oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand, Wissanu Krea-Ngam sejurus tiba di Lapangan Terbang Military Terminal 2, Bangkok semalam untuk lawatan rasmi sempena Rundingan Tahunan Malaysia dan Thailand kali ke- 6. – Foto BERNAMA

BANGKOK: Malaysia sedia membantu Thailand melaksanakan proses perjanjian damai bersama kumpulan pemisah di selatan negara itu, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, Malaysia dan Thailand komited dalam memastikan kedua-dua negara kekal selamat bagi membolehkan rakyat hidup aman.

“Antara komitmen Malaysia Adalah kesediaan kita membantu Thailand mencapai perdamaian di selatan negara itu.

“Kita memandang serius tanggungjawab ini dan berbangga dipilih menjadi fasilitator dalam proses berkenaan,” katanya dalam ruangan Lidah Pengarang yang disiarkan akhbar Bangkok Post, hari ini.

Najib dan rakan sejawatan dari Thailand, Prayuth Chanocha, menghadiri Mesyuarat Rundingan Tahunan Malaysia-Thailand keenam di sini, hari ini bagi memuktamadkan beberapa isu berkaitan keselamatan dan sempadan kedua-dua negara.

Najib berkata, perbincangan sudah diadakan bersama Prayuth bagi mencapai kerjasama dalam menangani ancaman pengganas yang menggugat keselamatan kedua-dua negara.

“Sebagai Perdana Menteri Malaysia, keutamaan saya Adalah memastikan keselamatan negara dan ketenteraman rakyat terjamin sepanjang masa.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita mula berhadapan ancaman pengganas. Kita akan sentiasa melindungi rakyat dan meletakkan keselamatan Malaysia sebagai perkara paling penting,” katanya.

Dari sudut ekonomi, Najib berkata, Malaysia dan Thailand bersetuju meningkatkan nilai dagangan kedua-dua negara kepada RM121 bilion menjelang 2018.

“Objektif kita Adalah memastikan peluang pekerjaan di kedua-dua negara terus berkembang bagi manfaat bersama.

“Integrasi ekonomi melangkaui sempadan negara ini Akan membawa lebih banyak kemakmuran kepada rakyat kedua-dua negara pada masa depan,” katanya.

Malaysia sedia bantu proses damai selatan Thai – Najib

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *