10bjaien.transformed.jpg

Malaysia, Thailand kaji bina HSR

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kanan) berbual dengan Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-O-Cha (kiri) ketika membincangkan isu-isu keselamatan dan ekonomi sempena Rundingan Tahunan Malaysia Thailand ke-6 di Rumah Kerajaan Bangkok, Jumaat. – Foto BERNAMA

BANGKOK: Malaysia dan Thailand bersetuju mengkaji pembinaan Projek Keretapi Kelajuan Tinggi (HSR) menghubungkan Kuala Lumpur-Bangkok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata, Thailand Adalah rakan dagang kedua terbesar Malaysia di peringkat ASEAN menyebabkan hubungan darat kedua negara perlu dipertingkat.

“Malaysia dalam proses menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura melalui HSR dan mengalukan persetujuan Thailand mengkaji kemungkinan HSR disambung ke Bangkok.

“Selain itu, pembinaan dua jambatan baharu di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur yang dirancang dibina pada 2018 dipercepat ke tahun hadapan,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chanocha di sini, petang tadi.

Terdahulu Najib bersama Prayuth menghadiri Mesyuarat Rundingan Bersama Malaysia-Thailand yang berlangsung di Rumah Kerajaan di sini.

Malaysia, Thailand kaji bina HSR

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *