valdes.jpg

Man United Ikat Penjaga Gol Barca Victor Valdes

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Man United Ikat Penjaga Gol Barca Victor Valdes
Man United Ikat Penjaga Gol Barca Victor Valdes. Bekas penjaga gol Barcelona, Victor Valdes sudah menerima tawaran untuk menyertai Manchester United.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu yang sudah berlatih bersama United untuk pulih daripada kecederaan serius lutut bersetuju dengan kontrak 18 bulan.
Valdes, 32, memenangi enam gelaran La Liga dan tiga kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah bersama Barcelona sebelum meninggalkan kelab gergasi itu musim lalu selepas kontraknya tamat.
Perjanjian baharu ini Akan menyaksikan penjaga gol simpanan, Anders Lindegaard Akan meninggalkan Old Trafford.
Kehadiran Valdes juga turut mencetus persoalan akan masa depan penjaga gol berusia 24 tahun, David De Gea yang menjadi pemain terbaik kelab, tahun lalu.
Kontraknya berakhir pada 2016. – BBC Sport
INFO
Trofi kejuaraan dimenangi Valdes di Barcelona
La Liga: 2005, 2006, 2009, 2010, 2011, 2013
Copa del Rey: 2009, 2012
Liga Juara-Juara: 2006, 2009, 2011
Kelab Piala Dunia: 2009, 2011.

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *