tumpak.transformed.jpg

Mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 4,196

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SEKUMPULAN kanak-kanak bermain air di hadapan rumah mereka di Tumpat, selepas banjir Berawal Dari surut. – Foto Syamsi Suhaimi

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 4,196 orang setakat 1 tengah hari ini berbanding 4,695 pagi tadi dengan 12 pusat pemindahan masih beroperasi di dua jajahan.

Menurut Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, jajahan Tumpat mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 2,517 orang daripada 849 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan, manakala Pasir Mas menempatkan 1,679 mangsa daripada 551 keluarga di lima pusat pemindahan.

Menurut laman sesawang kerajaan negeri di http://ebanjir.kelantan.gov.my, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kini di bawah paras bahaya 9.0 meter dengan trend penurunan iaitu 8.77 meter berbanding 8.87 meter pagi tadi.

Bacaan paras air Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah pula turun kepada 12.48 meter berbanding 12.53 meter pagi tadi namun masih di bawah paras bahaya 16 meter, manakala paras air sungai utama yang lain telah kembali ke paras normal.

Mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 4,196

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *