bahlagis.transformed.jpg

Mangsa banjir di Kelantan meningkat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KEADAAN jambatan sementara di Kampung Nusa Stelu, Gua Musang yang hampir ditenggelami air sungai Ninggiri berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam. – Foto ihsan pembaca

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Jeli, Kuala Krai dan Tanah Merah meningkat kepada 1,824 orang pagi ini.

Mereka ditempatkan di 21 pusat pemindahan selepas paras air di kawasan terjejas mencecah dua meter.

Berdasarkan portal e-Banjir, Kuala Krai mencatat bilangan mangsa paling ramai iaitu 839 penduduk daripada 238 keluarga yang kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Bedal dan SMK Keroh.

Di Jeli, seramai 666 mangsa daripada 164 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan manakala di Tanah Merah, 319 mangsa membabitkan 110 keluarga di tujuh pusat pemindahan.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, meminta petugas memberi layanan terbaik kepada mangsa banjir yang kini berdepan kesulitan.

Katanya, mangsa banjir kini dibelenggu Nestapa terhadap apa yang berlaku, termasuk memikirkan keadaan rumah yang ditinggalkan.

“Kita Tak mahu wujud masalah berbangkit, maka berilah layanan terbaik kepada mereka. Saya melepaskan beberapa program dan terbang ke sini dari Alor Setar, Kedah sebaik mengetahui banjir melanda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini, lewat malam tadi.

Shahidan berkata, pengurusan bencana banjir di Terengganu dan Kelantan berjalan lancar setakat ini dengan keanggotaan mencukupi, selain turut dibantu badan bukan kerajaan (NGO) bagi urusan memindahkan mangsa banjir.

“Kali ini kita lebih bersedia dan bekalan makanan untuk mangsa banjir di dua negeri itu juga mencukupi,” katanya.

Mangsa banjir di Kelantan meningkat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *