1485358876_26banjirperak.transformed.jpg

Mangsa banjir di Perak meningkat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENDUDUK kampung bergotong royong mengangkut pelet makanan ayam di kawasan banjir di Kampung Padang Serai hari ini. – Foto BERNAMA

IPOH: Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 565 orang daripada 176 keluarga di lapan pusat pemindahan setakat jam 10 malam tadi.

Timbalan Pengarah Pertahanan Awam negeri, Zairil Anuar Zulmuji, berkata jumlah berkenaan meningkat sedikit berbanding 525 orang daripada 165 keluarga yang ditempatkan di sembilan pusat pemindahan jam 4.30 petang tadi.

Beliau berkata, satu pusat pemindahan terbaru dibuka di daerah Kinta di Dewan Sikh Tanjung Tualang.”Pusat pemindahan baru dibuka di daerah Kinta itu menempatkan seramai 76 orang daripada 22 keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, bagaimanapun mangsa banjir di Manjung berkurang sedikit kepada 382 orang daripada 124 keluarga, berbanding 396 orang daripada 130 keluarga dipindahkan di dua pusat pemindahan di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai dan Dewan Orang Ramai Inderawati.

Zairil berkata, daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) pula mencatatkan seramai 62 orang daripada 16 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan di Surau Padang Serai Dalam dan Dewan Kampung Matang Merbau.

Beliau berkata, bagi daerah Hilir Perak seramai 31 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan manakala daerah Perak Tengah 14 mangsa daripada empat keluarga.

Mangsa banjir di Perak meningkat

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *