BANJIR___HULU_TERENGGANU.transformed.jpg

Mangsa banjir di Terengganu meningkat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BANJIR melanda Kampung Matang, Kuala Berang, Hulu Terengganu. – Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

KUALA TERENGGANU: Bilangan mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 3,742 orang, membabitkan 51 pusat pemindahan sementara di enam daerah negeri ini.

Angka itu Adalah peningkatan satu kali ganda berbanding semalam.

Sampai jam 9 pagi tadi, sebanyak 1,153 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air berikutan hujan lebat sejak awal pagi semalam.

Laporan terkini menerusi laman sesawang etindakan.terengganu.gov.my, daerah Hulu Terengganu mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,184 orang di 24 pusat pemindahan.

Daerah lain turut menunjukkan peningkatan perpindahan mangsa dengan Marang seramai 436 orang, Kemaman (419), Setiu (296), Besut (294) dan Dungun (113).

Mangsa banjir di Terengganu meningkat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *