pinfdah.transformed.jpg

Mangsa banjir Sarawak meningkat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MANGSA banjir dipindahkan ke Pasar Baru Batu Kawa malam tadi.

KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Kuching dan Bau kembali meningkat berikutan limpahan mendadak air Sungai Sarawak sejak malam tadi. 

Sehingga jam 8.30 pagi ini, seramai 1,065 daripada 253 keluarga ditempatkan di 13 pusat pemindahan dengan 9 daripada mereka di Kuching manakala empat lagi di Bau. 

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, 10 pusat pemindahan baharu dibuka malam tadi dengan Dewan Tupong Jaya mencatat jumlah tertinggi Bila seramai 176 mangsa daripada 43 keluarga dipindahkan.

Pusat pemindahan Dewan Serbaguna Taman Malihah pula menempatkan 66 mangsa daripada 13 keluarga; Dewan Sinaran Lumut 28 mangsa daripada tujuh keluarga; SRB Chung Sejijak 51 mangsa daripada 16 keluarga dan Dewan Batu Kitang Jaya seramai 142 mangsa daripada 31 keluarga.

Turut dibuka malam tadi, pusat pemindahan di SK Sejijak yang menempatkan 80 mangsa daripada 26 keluarga; Surau Darul Abrari Kampung Paroh dengan 87 mangsa daripada 18 keluarga dan Kampung Panglima Seman seramai 103 daripada 16 keluarga.

Pusat pemindahan Pasar Baru Batu Kawa pula menempatkan seramai 111 mangsa daripada 32 keluarga; Dewan Serbaguna Pangkalan Bau seramai 64 mangsa daripada 15 keluarga; SK Siniawan seramai 95 mangsa daripada 21 keluarga; Masjid Darul Ehsan Bau seramai 54 daripada 12 keluarga dan Surau Darul Hidayah Bau seramai lapan mangsa daripada tiga keluarga.

Mangsa banjir Sarawak meningkat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *