pdrm2017.jpg.transformed_71.jpg

Mangsa mercun cedera teruk kepala

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUCHING : Kepala kanak-kanak lelaki yang maut akibat letupan mercun di Kampung Bintawa Hilir, di sini, malam tadi cedera teruk menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam ketika mangsa, Haiqal Hakim Zolpaka, 12, bermain sendirian di luar rumah.

Kejadian itu disedari bapanya yang sedang mengemas rumah untuk menyambut Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, bapa mangsa yang terdengar letupan kuat di luar rumahnya segera memeriksa dan terkejut memandang anaknya terbaring.

Beliau berkata, bapa mangsa kemudiannya menjerit memandang keadaan anaknya dan orang ramai yang menyedari kejadian itu kemudiannya mengangkat jenazah ke dalam rumah sementara menunggu kehadiran polis.

“Bahagian atas kepala mangsa pecah dipercayai terkena letupan kuat dan mayatnya dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

“Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak kerana kecuaian ibu bapa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa Adalah murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Matu Baru.

Mangsa mercun cedera teruk kepala

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *