02OHANI.transformed.jpg

MANIS tangani isu sosial

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Gambar oleh Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Sebanyak 210 laporan berkenaan data kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berjaya dibangunkan melalui Sistem Maklumat Nasional Isu-isu Sosial (MANIS), yang dilancarkan hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata sistem berkenaan Adalah pentas pengumpulan data berpusat bagi membantu penggubalan dasar dan pembangunan program sosial berkualiti.

“Sistem ini mengandungi data yang merangkumi 64 laporan berkenaan wanita, 43 laporan keluarga, 36 laporan kanak-kanak, 23 laporan warga emas, 21 data orang kelainan upaya (OKU), 10 laporan mangsa bencana, 10 laporan orang papa dan tiga laporan data berkenaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) KPWKM.

DATUK Seri Rohani Abdul Karim (tengah) semasa melancarkan Sistem Maklumat Nasional Isu-Isu Sosial (MANIS) ketika majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan turut bersama Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita KPWKM, Datuk Yatimah Sarjiman (kanan) di Dewan Perdana Nur KPWKM. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

“Pelaksanaan sistem MANIS menumpukan kepada pembangunan portal untuk kegunaan awam dan dalaman, pemetaan lokasi institusi serta perkhidmatan ditawarkan kementerian terutama kepada kumpulan sasar selain masyarakat luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KPWKM dan Majlis Pelancaran Sistem MANIS, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) kementerian, Dr Waitchalla RRV Suppiah; Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) kementerian, Azman Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Datuk Yatimah Sarjiman.

Rohani berkata, KPWKM juga akan menjadi pusat rujukan nasional bagi isu sosial melalui pembangunan sistem MANIS, yang akan tamat pada Jun 2018.

Beliau menjelaskan, sistem berkenaan juga boleh diakses menerusi Pelaksanaan mudah alih, yang mana aduan rakyat mengenai kumpulan sasar boleh disalurkan dengan lebih mudah dan cepat.

“Selain itu, kita juga berharap pembangunan sistem ini dapat mengumpulkan maklumat golongan yang tercicir daripada masyarakat atau keluarga yang berpecah-belah,” katanya.

Rohani juga mahu semua pihak memberi kerjasama dalam isu sosial dan bukan hanya meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada KPWKM.

“Tak perlu menunding jari, sebaliknya kita patut berganding bahu untuk menyelesaikan bersama-sama.

“Jika semua kementerian mengeluarkan dasar untuk mencegah, kita akan dapat data besar mengenai masalah sosial,” katanya.

MANIS tangani isu sosial

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *