MariaFaridaRelaJadiIsteriKedua.jpg

Maria Farida Sanggup Jadi Isteri Kedua

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Maria Farida sanggup berkongsi kasih daripada dijadikan wanita simpanan.
 

AKTRES Maria Farida, orangnya cukup cantik, langsing, kulit putih melepak dan wajahnya sentiasa dihias dengan senyuman manis.

Sekali pandang dengan busana hijau terang yang disarungnya, Maria Tak ubah seperti anak dara. Namun hakikatnya tahun ini, pemilik nama sebenar Maria Faridah Atienza itu sudah menjangkau usia 45 tahun.

Tersipu malu saat dipuji, ibu kepada Mizan Ashley, 17, itu yang sudah menjanda lebih 10 tahun Tak menolak andai dia ditemukan jodoh dengan lelaki lebih muda atau lebih tua daripadanya.

Kira-kira sedekad wanita ini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal. Tempoh berkenaan bukan dilaluinya dengan begitu saja, namun banyak sekali pengalaman dikutip oleh Maria Farida, yang nyata mematangkan dirinya sebagai insan.

Biarpun bersendirian, pelakon ini gagah melayari kehidupan tanpa lelaki bergelar suami di sisi. Sedikit pun semangatnya Tak patah, apatah lagi dalam usaha membesarkan anak tunggalnya, Mizan Ashley, 17.

Meskipun begitu, jauh di lubuk hati naluri wanitanya tetap terusik. Walaupun mampu hidup sendirian bersama buah hati pengarang jantungnya itu, rasa dahagakan kasih sayang seorang lelaki berpangkat suami tetapi dirasakan wanita jelita ini.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *