07sabu2a.transformed.jpg

Mat Sabu naik helikopter berbuka di atas kapal

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Ruwaida Md Zain

cnews@nstp.com.my

PELABUHAN KLANG: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dibawa menaiki helikopter Super Lynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk berbuka Saum bersama-sama warga TLDM di atas kapal KD Mahawangsa yang terletak di perairan Selat Melaka, pada jarak 10 batu nautika dari Pusat Hidografi Nasional, Nusa Indah, di sini, malam tadi.

Mengiringi beliau Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Sebaik tiba di KD Mahawangsa, Mohamad dibawa melawat ke anjungan dan galeri kapal disusuli taklimat operasi oleh Asisten Ketua Staf Operasi Markas Pemerintahan Armada Barat, Kepten Azman Rabbani.

Beliau yang terkenal dengan panggilan Mat Sabu kemudian menyampaikan bingkisan Aidilfitri kepada warga kapal dan seterusnya berbuka Saum serta melaksanakan solat Maghrib secara berjemaah.

Mohamad juga merakamkan penghargaan di atas jasa dan pengorbanan anggota TLDM, terutamanya yang terpaksa berjauhan daripada keluarga pada Ramadan dan Syawal.

“Saya terharu berada di atas kapal TLDM berusia 37 tahun ini namun masih kukuh, dan saya selalu naik kapal nelayan yang kecil tetapi ini kapal besar.

“Saya nampak mereka gembira walaupun tinggalkan kampung halaman dan berada di samudera luas, berhari raya di kapal ini dan saya dapat lihat kemesraan dan kegigihan mereka berkhidmat untuk negara.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyenduk makanan kepada anggota ketika menghadiri Majlis Berbuka Saum Bersama warga Tentera laut DiRaja Malaysia (LTDM) KD Mahawangasa. Turut hadir Panglima Tentera Laut DiRaja Malaysia, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin (kanan). – Foto Roslin Mat Tahir

“Selamat Hari Raya dan syabas kepada anak muda kita, perajurit yang berkorban kepada negara, kamu wira sejati,” katanya.

Selepas majlis terbabit, semua seramai 186 warga KD Mahawangsa akan meneruskan tanggungjawab melaksanakan operasi pengawasan perairan sehingga 21 Jun depan.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohamad menegaskan kementeriannya Tak mahu wujud sebarang konflik ketenteraan berlaku di rantau ini, khasnya di perairan Laut China Selatan.

Katanya, Malaysia akan terus berjuang untuk meletakkan sebagai negara berkecuali sejak zaman bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein sehingga kini.

“Sejak hari pertama di kementerian, itulah keutamaan saya dan kita menegaskan Laut China Selatan hendaklah berada dalam keadaan aman dan tenteram.

“Kehadiran kapal perang di Laut China Selatan Tak bagus untuk rantau ini. Mereka perlu menghormati perairan kita termasuk perairan antarabangsa.

“Kita Tak mahu sebarang konflik ketenteraan berlaku di rantau ini khasnya di Laut China Selatan berikutan Malaysia ada kepentingan ekonomi besar di situ iaitu perikanan dan minyak dalam perairan negara. Sebab itu kita mahu negara aman sampai bila-bila,” katanya.

Mat Sabu naik helikopter berbuka di atas kapal

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *