17maybank.transformed.jpg

Maybank Islamic akan teruskan pengembangan kewangan Islam

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Panel, Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Dr Abdul Halim Ismail (dua dari kanan) dan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Dr Mohd Daud Bakar (tiga dari kanan) bersama Pemangku Pengerusi Maybank Islamic Berhad, Zainal Abidin Jamal (tiga dari kiri), Timbalan Pengarah Jabatan Perbankan Islam dan Takaful Bank Negara Malaysia, Rustam Mohd Idris (tengah), Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamad Rafique Merican (kanan) dan moderator, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku, Sayed Munawwar Sayed Mohd Mustar (kiri) pada majlis ulasan buku Perjalanan Sejarah Kewangan Islam di Malaysia. – Foto Surianie Mohd Hanif

Maybank Islamic Bhd (Maybank Islamic), cabang perbankan Islam Malayan Banking Bhd (Maybank), mempunyai perancangan agenda lebih besar bagi mengembangkan kewangan Islam bukan hanya di Malaysia, tetapi di peringkat ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohamed Rafique Merican, berkata pengembangan sektor perbankan Islam itu termasuk di pasaran sedia ada iaitu Indonesia dan Singapura.

“Kami akan terus meninjau potensi yang ada dalam industri ini, khususnya di pasaran ASEAN untuk pertumbuhan kukuh pada masa depan,” katanya ketika ditemui selepas sesi ulasan buku ‘Perjalanan Sejarah Kewangan Islam di Malaysia’, hasil karya Dr Syahida Abdullah dan Dr Riaz Ansary dari Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA), di Kuala Lumpur, hari ini.

Sesi kupasan buku berkenaan disertai dua Pakar panel iaitu Pengarah Urusan Pertama Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB), Datuk Dr Abdul Halim Ismail dan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah (SAC) Bank Negara Malaysia, Datuk Dr Mohd Daud Bakar, manakala moderatornya ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku, Sayed Munawwar Sayed Mohd Mustar.

Mohamed Rafique berkata, Maybank Islamic juga optimis untuk mengekalkan pertumbuhan dua angka bagi tahun kewangan tahun ini, meski pun berdepan dengan cabaran ekonomi pada ketika ini.

“Kita sudah mencapai pertumbuhan yang memberangsangkan sepanjang tempoh lima tahun lalu dan dua kali ganda lebih tinggi daripada perbankan konvensional Kumpulan Maybank.

“Bagi merealisasikan matlamat itu, kami juga akan terus melaksanakan pelaburan dalam pembangunan dan infrastruktur bagi meningkatkan pertumbuhan berterusan pada masa depan,” katanya.

Info:

– Bagi tempoh kewangan berakhir 31 Disember 2015, Maybank Islamic mencatatkan peningkatan pertumbuhan pembiayaan sebanyak 20.8 peratus kepada RM131.123 bilion.

Maybank Islamic akan teruskan pengembangan kewangan Islam

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *