mbsb.jpg.transformed.jpg

MBSB catat untung RM45.64 juta suku keempat 2016

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Malaysia Building Society Bhd (MBSB) merekodkan keuntungan bersih suku keempat berakhir 31 Disember 2016 RM45.64 juta, prestasi positif berbanding kerugian bersih berjumlah RM15.81 juta yang dicatatkan tempoh sama tahun sebelumnya.

Prestasi memberangsangkan itu sebahagiannya disokong oleh pendapatan kewangan Islam lebih tinggi dan pada masa sama pinjaman Tak berbayar lebih rendah.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MBSB memaklumkan pendapatan bersih kewangan Islam meningkat kepada RM304.74 juta bagi suku dikaji daripada RM272.18 juta suku sebelumnya, manakala pinjaman Tak berbayar susut kepada RM168.86 juta daripada RM266.09 juta.

“Pendapatan MBSB bagi suku keempat bagaimanapun susut kepada RM819.4 juta daripada RM825.69 juta,” menurut MBSB dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagi tahun kewangan penuh berakhir 31 Disember 2016, untung bersih institusi perbankan itu susut kepada RM201.41 juta daripada RM257.59 juta tempoh sama tahun sebelumnya, meskipun pendapatan bagi tempoh dikaji melonjak kepada RM3.27 bilion berbanding RM3.05 bilion.

“Kejatuhan (untung bersih) ini disebabkan kadar lebih tinggi bagi kemerosotan nilai ke atas pinjaman, pendahuluan dan pembiayaan,” menurutnya.

Meskipun mencatatkan prestasi kewangan yang mencabar, jumlah aset kumpulan berkembang RM43.26 bilion tahun lalu daripada RM41.09 bilion tahun sebelumnya.

“MBSB mengumumkan pembayaran dividen akhir peringkat pertama berjumlah tiga sen sesaham, namun selepas ia mendapat kelulusan pemegang saham,” menurutnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman, berkata syarikat itu akan terus meneroka peluang dalam projek kerajaan terutama dalam bidang pendidikan, infrastruktur dan perumahan mampu milik.

“MBSB membangunkan dan mengukuhkan keupayaan dalam segmen korporat dan terbabit dalam projek kerajaan. Oleh itu, MBSB berharap untuk mendapat manfaat daripada usaha kerajaan menerusi pelancaran pelbagai projek pembinaan dan hartanah bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

MBSB catat untung RM45.64 juta suku keempat 2016

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *