1485067296_21najib.transformed_1.jpg

MCA Tak pernah mohon jawatan TPM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak.- Foto Danial Saad

SEREMBAN: Datuk Seri Najib Razak menafikan bahawa MCA pernah memohon jawatan Timbalan Perdana Menteri sejak beliau menjadi Perdana Menteri.

Katanya, dakwaan bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) itu pernah memohon jawatan itu Adalah suatu pembohongan, malah bagi MCA, tiga jawatan Kabinet yang parti itu dapat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu sudah mencukupi.

“Jangan hendak buat u turn (pusingan U) banyak sangat, kita sudah letih,” katanya ketika merasmikan majlis ulang tahun ke-60 Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia di Lukut dekat sini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam blognya, Chedet, mendakwa bahawa MCA memohon jawatan nombor dua negara itu, selepas sebelum itu menyatakan bahawa DAP yang mahukan jawatan itu.

Sementara itu, Najib berkata dua unit khas ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk meningkatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat India di negara ini.

“Kerajaan mengakui masyarakat India yang kira-kira 7.4 peratus daripada keseluruhan penduduk negara ini ketinggalan dalam pembangunan sosioekonomi dan ini yang menyebabkan kita bertindak untuk menangani isu ini,” katanya.

Beliau berkata, antara tindakan yang dilakukan termasuk menyediakan pinjaman mudah melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), memperuntukkan 10 peratus tempat di program matrikulasi serta program khas untuk kemasukan pelajar ke politeknik.

Katanya, kerajaan mahu masyarakat India di negara ini yang telah banyak berjasa kepada negara, maju seiring dengan kaum lain.

MCA Tak pernah mohon jawatan TPM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *