3melo_BHfield_image_listing_featured.var_1551627988.jpg

Melaka United terus kebal di Hang Jebat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MELAKA: Melaka United (MU) mendaki tangga keempat Liga Super selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) 2-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi.

Tuan rumah yang meletakkan Safiq Rahim sebagai kapten pasukan jelas berjaya menghidupkan jentera tengah dan menguasai permainan sehingga lawan agak tenggelam pada 45 minit pertama.

REAKSI pemain import Melaka United, Darko Markovic (kanan) selepas menjaringkan gol ketika menentang Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi. – Foto BERNAMA

Hasilnya pada minit ke-14, MU berjaya meledak jaringan pertama menerusi tandukan Darco Markovic selepas menyambut hantaran lintang Faris Shah Rosli menewaskan penjaga gol pelawat Mohd Sharbinee Allawee.

Gawang City Boys bocor lagi dua minit berselang menerusi bekas bintang Johor Darul Ta’zim (JDT)  Nazrin Nawi mengutip hantaran Safiq sekali gus bergerak solo untuk sekali lagi Sarbinee tertewas.

Nazrin hampir menambah jaringan kedua peribadinya pada minit ke-30 namun Sarbinee pantas menepis keluar percubaannya.

KL turut memiliki peluang meledak jaringan pada babak pertama menerusi percubaan Luke Wooland dan Zhafri Yahya pada minit ke-26 dan 32 namun diselamatkan penjaga gawang skuad Hang Tuah Khairul Fahmi Che Mat.

Pelawat cuba meningkatkan corak permainan pada babak kedua menerusi serang balas pantas termasuk percubaan Paulo Josue minit ke-54 sedikit tersasar ke kanan gawang MU.

Lebih banyak jaringan mampu dicetak anak buah jurulatih Zainal Abidin Hassan pada perlawanan terbabit namun deretan percubaan gagal disempurnakan terutama menerusi pemain import, Anselmo Casagrande.

Kemenangan membolehkan skuad Hijau Putih berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri dalam masa sama menempatkan diri dalam kelompok empat teratas liga.

Manakala kekalahan buat pelawat menyaksikan mereka masih gagal meraih sebarang mata mendorong ketua jurulatihnya Yusri Che Lah merangka strategi lebih efektif untuk bangkit daripada persembahan kurang meyakinkan.

Melaka United terus kebal di Hang Jebat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *