Somaliaasdg.transformed.jpg

Menteri maut serangan di hotel Somalia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MOGADISHU: Seorang menteri muda antara 11 maut dalam serangan militan Shabaab yang dikaitkan dengan Al-Qaeda di sebuah hotel di ibu kota Somalia, hari ini.

Kementerian Luar Somalia berkata, jenazah Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk Alam Sekitar, Buri Mohamed Hamza sudah dikeluarkan daripada runtuhan bangunan Hotel Naasa Hablood.

“Kami mengucapkan takziah kepada kepada keluarga menteri yang terbunuh di sini, semalam,” kata kementerian dalam satu kenyataan.

Serangan terbaru militan itu menyasarkan hotel dan restoran bermula Bila seorang pengebom bunuh diri meletupkan bom kereta di luar bangunan hotel terbabit.

Penyerang bersenjata kemudian menyerbu Hotel Naasa Hablood dalam serangan yang berlarutan beberapa jam.

Pasukan keselamatan khas menamatkan kepungan selepas membunuh tiga penyerang di dalam hotel.

Seorang jurucakap Kementerian Keselamatan berkata, dua daripada 11 yang maut Adalah doktor, sementara sumber perubatan berkata, kira-kira 20 orang awam cedera dalam kejadian itu. – AFP

Menteri maut serangan di hotel Somalia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *