airsamar02.transformed.jpg

Mercy Malaysia, Maybank bina saluran air di Pinabacdao

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SAMAR, Filipina: Mercy Malaysia melaksanakan projek bekalan air bersih bagi manfaat 18,252 penduduk di Pinabacdao di timur Nusa Samar, yang sebelum ini dibadai Taufan Lawin.

Projek membabitkan dana RM175,000 daripada Yayasan Maybank itu akan membina semula sistem pengumpulan saliran air di Kampung Dolores dan Kampung Lale, yang mempunyai empat tangki tekanan graviti (perigi bawah tanah).

Projek kemanusiaan itu juga akan menjadi yang pertama dibiayai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa bagi membaik pulih sistem pengumpulan dan saliran air yang digunakan di daerah berkenaan sejak 1970-an.

Nusa Samar antara kawasan teruk dibadai Taufan Haiyan, kira-kira tiga tahun lalu, mengorbankan lebih 10,000 penduduk dengan nilai kerosakan mencecah ratusan juta ringgit.

Yang Dipertua Daerah Pinabacdao, Teodorico Mabaq, berkata projek itu penting untuk membekalkan air bersih kepada 12 perkampungan di daerah itu.

NORAZAM (tengah) ketika tinjauan di punca sumber air di Barangay Dolores, Pinabacdao.

“Projek ini akan bawa manfaat khususnya kepada lebih 9,000 penduduk di Barangay (kampung) Dolores dan Lale. Semuanya ada 12 Barangay dengan 18,252 penduduk di Pinabacdao,” katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Wartawan dan jurukamera BH menyertai Pengarah Program dan Pembangunan Strategik Mercy Malaysia, Norazam Ab Samah, untuk meninjau sumber air dan kolam takungan air di Dolores.

 

Mercy Malaysia antara NGO yang masih beroperasi di Filipina pasca Taufan Haiyan dan telah menyalurkan lebih RM3.8 juta, antaranya bagi membina dan membaik pulih hospital daerah di Ormoc dan Tacloban, membina sekolah di Ormoc City serta menjalankan program kesihatan di Nusa itu.

 

YANG Dipertua Daerah Pinabacdao, Teodorico Mabaq mendengar penerangan Norazam mengenai projek bekalan air di Barangay Dolores dan Lale di pejabatnya di Samar, Filipina.

Mercy Malaysia, Maybank bina saluran air di Pinabacdao

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *