Vida.jpg

MESTI BACA! Nasihat PSK Buat Penyokong Pasukan PQPTRW Mengejutkan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Jangan panik. Itu nasihat Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) kepada penyokong pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) susulan dakwaan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baru, Tak selamat untuk digunakan pada aksi sepak mula Liga Super musim ini.

Setiausaha Perbadanan PSK, Azi Rahimee Mohamed memberi jaminan stadium tersebut sebenarnya selamat untuk digunakan dan hanya memerlukan beberapa penambahbaikan dari aspek keselamatan penonton.

Mengulas lanjut mengenai ketiadaan alat pemadam Barah itu, Azi Rahimee berkata, kebanyakan peralatan tersebut rosak akibat kegiatan vandalisme.

Susulan amaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Azi Rahimee berkata, PKS sedia meningkatkan ciri-ciri keselamatan seperti yang disyorkan jabatan itu bagi memastikan tahap keselamatan penyokong terjamin.

Jelas beliau, setakat ini, pihaknya masih belum menerima laporan penuh mengenai stadium itu daripada pihak bomba.

Pada masa sama, beliau turut menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan JPBM yang membawa pihak media semasa melakukan pemeriksaan mengejut di stadium berkenaan pada Rabu lalu.

Terdahulu, JBPM Kelantan mengesan beberapa kelemahan dan keadaan Tak selamat di Stadium Sultan Muhammad IV.

Menurut Azmi, antara yang dikesan dalam pemeriksaan mengejut tersebut ialah tahap keselamatan seperti kawalan keselamatan laluan keluar masuk, sistem pendawaian, laluan kecemasan yang terhad dan sebagainya.

Pemeriksaan mengejut ke stadium berusia 49 tahun itu dibuat menjelang bermulanya saingan Liga Super, Sabtu ini.

Kelantan akan melayan kunjungan PDRM di Stadium Sultan Muhammad IV pada 16 Februari ini.

Buat masa ini, kerja mengecat masih lagi dilakukan di stadium tersebut dalam usaha mengubah wajah stadium keramat itu kepada merah jambu.

Sementara itu, penaja utama PQPTRW, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menyambut baik tindakan pihak bomba melakukan pemeriksaan ke stadium tersebut.

Malah, beliau berharap agar tindakan segera diambil pihak PKS untuk mengelakkan perkara Tak diingini berlaku pada masa akan datang.

MESTI BACA! Nasihat PSK Buat Penyokong Pasukan PQPTRW Mengejutkan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail