1484227107_image28529.jpg

Mia Ahmad Nikah Esok

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Esok 13 Januari akan berlangsungnya majlis akad nikah pelakon kesayangan ramai, Mia Ahmad atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 29, bersama Akan suaminya iaitu penjaga gol pasukan JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan.  Pasti ketika ini mereka dalam debaran kan menunggu majlis berlangsung.

Majlis pernikahan akan diadakan di Taiping Sentosa Villa, Taiping, Perak pada jam 9.30 pagi dan majlis resepsi pula akan diadakan pada keesokan harinya Taiping Gold and Country Club, Taiping pada sebelah malam.    Manakala sebelah lelaki di Marang, Terengganu dijangka akan diadakan pada Mac depan. Satu majlis resepsi untuk keluarga terdekat dan rakan-rakan akan diadakan di Kuala Lumpur pada hujung Januari.

Gambar pra perkahwinan juga sudah dirakamkan di New Zealand. Cantik-cantik gambarnya.

Sebelum ini iaitu pada 2 Disember lalu Mia dan Izham telah mengadakan sidang media mengumumkan mengenai majlis perkahwinan mereka.  Menceritakan detik-detik perkenalan, semuanya bermula di Twitter iaitu Izham sendiri telah tweet kepada Mia terlebih dahulu.

Izham juga mengakui sebagai lelaki dia yang cuba mendekati Mia kerana minat dengan Tips dan perwatakan Mia ketika berlakon.  Sementara Mia pula, jatuh cinta kerana kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemain bola tersebut yang Tak putus Harapan mendekatinya.

Kami di Kakigosip mengucapkan agar majlis Mia dan Izham berjalan lancar.

Mia Ahmad Nikah Esok

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *