73EA2CA93269E4FE84D95808EB35B33E_low.transformed_4.jpg

Minyak jatuh menjelang mesyuarat OPEC

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SINGAPURA: Harga minyak mentah jatuh pada awal dagangan hari ini berikutan keraguan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mampu mencapai persetujuan pengurangan output menjelang mesyuaratnya esok.

Langkah itu bagi mengekang masalah lebihan bekalan Dunia untuk melonjakkan harga.

Kontrak hadapan minyak mentah antarabangsa, Brent didagangkan pada paras AS$48.10 setong pada 0102 GMT, jatuh 14 sen atau 0.3 peratus berbanding paras penutup terakhirnya.

Kontrak hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate jatuh 19 sen atau 0.4 peratus kepada AS$46.89 setong.

OPEC bermesyuarat secara rasmi di Vienna esok bagi membincangkan pengurangan pengeluaran yang dirancangkan dalam usaha untuk mengekang lebihan pengeluaran yang menjejaskan pasaran dan menyebabkan harga jatuh lebih separuh daripada paras 2014.

Dengan ketidaktentuan yang tinggi dalam tempoh 24 jam sebelum mesyuarat itu, turun naik harga minyak yang Tak menentu dijangka tinggi.

Masih kekal terdapat perbalahan pendapat antara anggota OPEC mengenai pengeluar yang perlu mengurangkan berapa banyak dan rancangan untuk membawa Russia untuk menyertainya juga gagal setakat ini. – REUTERS

Minyak jatuh menjelang mesyuarat OPEC

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *