Mira-5.png

Mira Filzah Raih Populariti Dari Drama Cinta Si Wedding Planner??

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Siapa sangka rezeki berpihak kepada Mira Filzah tahun ini Bila dia memenangi trofi Seniman Baru MeleTop dalam Anugerah MeleTop Era 2016 pada Ahad lepas. Mira yang telah menewaskan pesaing hebat seperti Syamel, Azrel Ismail, Hafreez Adam dan Zahirah MacWilson menunjukkan bahawa populariti Mira kian meningkat.

Walaupun sudah lama bertapak dalam industri seni ini, nama Mira kurang menyerlah sehinggakan dia menjadi heroin dalam drama Cinta Si Wedding Planner yang bersiaran di TV3 dalam slot Akasia.

Malah, sejak drama tersebut ditayangkan, ramai yang Menyodorkan respon yang positif.

Namun, enggan mendabik dada, Mira sering bermuhasabah diri dan membaiki kelemahan sebagai pelakon baharu.

Bila ditanya faktor kejayaan drama trsebut, Mira mengatakan bahawa kombinasi drama adaptasi novel yang sudah mempunyai pengikut dan kelebihan Adi Putra yang dianggap ‘Hero Malaya’ menjadi faktor kejayaan.

Terdahulu, Mira Filzah Bengang Akaun Milik Ibu Kena ‘Block’ Instagram Palsu! Nampaknya isu tersebut telah pun diselesaikan.

Apapun, semoga kerjaya seni Mira semakin berkembang dan bakat lakonan Mira diterima oleh orang ramai.

Mira Filzah Raih Populariti Dari Drama Cinta Si Wedding Planner??

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail