misisyria-zahrin.transformed.jpg

Misi 10 anggota Aman Palestin berlepas ke Syria

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

WARTAWAN BH, Alzahrin Alias (lima dari kanan) yang mengikuti misi Aman Palestin ke Syria.

SEPANG: Sepasukan 10 anggota pertubuhan kemanusiaan tempatan, Aman Palestin Berhad (Aman Palestin), berlepas ke Syria, awal pagi ini dalam misi bantuan kemanusiaan dan pencarian fakta.

Misi Aman Palestin selama 10 hari itu diketuai oleh Pengarah Media dan Dokumentasinya, Anas Abdul Wahab berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Rombongan 10 peserta yang disertai wakil BH, mengambil penerbangan secara transit di Abu Dhabi menuju ke Beirut, sebelum menggunakan pengangkutan darat memasuki Syria yang bersempadan dengan Lubnan.

Anas berkata, ini Adalah kali kelapan Aman Palestin memasuki negara bergolak itu dan kali pertama sejak gencatan senjata bermula pada 27 Februari lalu.

Katanya, sebelum ini bantuan kemanusiaan sukar memasuki Syria disebabkan campur tangan kuasa besar dunia seperti Arab Saudi, Russia dan Amerika Syarikat sekali gus menutup peluang rakyat Syria mendapat pembelaan dan bantuan dari negara luar.

“Misi kali ini turut disertai seorang doktor kerana rakyat Syria sukar mendapat perkhidmatan paramedik atau pegawai perubatan kecuali yang masuk ke negara itu sebagai sukarelawan,” katanya.

“Misi kemanusiaan yang sepatutnya dijadualkan bertolak pada pertengahan bulan Februari lalu terpaksa ditangguhkan pada 19 Mac disebabkan keadaan negara Syria yang Tak stabil serta keselamatan peserta lebih diutamakan.

“Keutamaan misi Adalah untuk membantu serta memandang sendiri keadaan sebenar keadaan pelarian ditambah dengan kesukaran bantuan luar untuk masuk ke dalam kem pelarian yang teruk akibat peperangan seperti Kem Pelarian Yarmuk, Madaya dan Daraya,” katanya.

Anas berkata, sebelum ini Aman Palestin sudah menyampaikan bantuan musim sejuk membabitkan kos sebanyak RM1.2 juta dan misi kali ini pula menyampaikan bantuan barangan makanan harian dengan kos RM400,000.

Rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib pelarian Syria dan Palestin boleh terus menyumbang kepada Aman Palestin menerusi akaun Maybank 562263010787.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari www.amanpalestin.net.

Misi 10 anggota Aman Palestin berlepas ke Syria

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *