mitimatrade.jpg.transformed.jpg

MITI, MATRADE anjur Hari Perniagaan Amerika Latin 2017

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menganjurkan Hari Perniagaan Amerika Latin pertama pada 1 Ogos 2017.

MATRADE dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia bertujuan mengukuhkan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Amerika Latin dan acara itu dijangka menarik penyertaan kira-kira 500 peserta.

“Hari perniagaan itu yang akan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, diadakan secara kerjasama dengan kedutaan Amerika Latin, iaitu Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Cuba, Ecuador, Mexico, Peru, Uruguay dan Venezuela,” kata perbadanan itu.

Pada hari itu akan diadakan seminar mengenai rantau Amerika Latin dan juga sesi kelompok sektor bagi mengetengahkan kekuatan Malaysia dalam bidang seperti aeroangkasa, kenderaan, elektrik dan elektronik, farmaseutikal dan peralatan perubatan.

“Kelembapan ekonomi Dunia nampaknya Tak memberi kesan negatif ke atas perdagangan Malaysia dengan Amerika Latin, kerana perdagangan negara, terutamanya eksport, dengan rantau tersebut terus mencatatkan pertumbuhan kukuh,” kata MATRADE.

Jumlah eksport Malaysia ke Amerika Latin berkembang sebanyak 10.2 peratus pada 2016, dan meningkat 25.4 peratus antara Januari dan Mei tahun ini.

“Mexico ketika ini Adalah rakan eksport terbesar negara di Amerika Latin dengan eksport Malaysia ke Mexico berjumlah RM7.85 bilion pada 2016, dan RM4.16 bilion dari Januari Sampai Mei 2017.

“Tahun lalu, Malaysia mencatatkan imbangan perdagangan positif sebanyak RM6.3 bilion dengan Mexico,” kata perbadanan itu.

Pada masa hadapan, MATRADE berkata ia akan menumpukan kepada bahagian di mana syarikat Malaysia boleh Menciptakan kelainan, termasuk projek prasarana yang ditawarkan di Amerika Latin.

BERNAMA

MITI, MATRADE anjur Hari Perniagaan Amerika Latin 2017

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *