motomoden.transformed.jpg

MODENAS lancar tiga model baharu

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ELEGAN 250 dan Karisma 125.

SHAH ALAM: Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), melancarkan tiga model baharu, Karisma 125, Elegan 250 dan skuter KYMCO Downtown 250i.

Karisma 125 ditawarkan pada harga jualan RM4,980 sementara Elegan 250 pula (RM12,830)dan KYMCO Downtown 250i (RM21,500).

Karisma 125 dan Elegan 250 ditawarkan di bawah jenama MODENAS, manakala KYMCO Downtown 250i Adalah skuter pertama jenama KYMCO yang diedarkan oleh Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat MODENAS.

Pengarah Urusan DRB-HICOM Bhd, Datuk Seri Syed Faisal Albar, berkata pelancaran model baharu itu sebagai sebahagian usaha memperluaskan rangkaian perniagaan bagi mengukuhkan kedudukan MODENAS dalam pasaran motosikal tempatan.

“Sejak pelancaran motosikal kapcai pertama pada 1996, MODENAS dan EMOS mengambil langkah proaktif dalam mengenalpasti rakan kongsi strategik,” katanya pada majlis pelancaran motosikal baharu itu di sini, sebentar tadi.

Ia dirasmikan oleh Pengerusi DRB-HICOM Bhd, Tan Sri Dr Mohd Khamil Jamil.

MODENAS lancar tiga model baharu

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *