dai9a01.transformed.jpg

Mohd Sufwan dinobat juara Da'i Pendakwah Nusantara

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

JUARA Da’i Pendakwah Nusantara, Mohd Sufwan Niezal Sabri atau Niezal. – Foto Mahzir Mat Isa

SHAH ALAM: Mohd Sufwan Niezal Sabri, 19 atau Niezal dinobatkan juara program Da’i Pendakwah Nusantara musim keempat yang berlangsung di sini, sebentar tadi.

Pelajar Diploma Dakwah & Pengurusan di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah, Pahang itu mengetepikan dua finalis lain iaitu Muhammad Nasrul Nizam Zamry,20 (Nasrul) dan Mohamad Saiful Marzuki, 18 (Saiful) pada pentas Pentas Akhir program terbitan TV3.

Menerusi kejayaan itu, Niezal membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 serta pakej umrah, manakala dua lagi finalis masing-masing menerima saguhati wang tunai RM5,000 setiap seorang dan trofi.

Hadiah Di Katakan Mursyid Da’i musim keempat, Datuk Kazim Elias.

MURSYID Da’i, Datuk Kazim Elias (dua dari kiri) bersama Pengasas Almas Beauty And Health, Datin Maziah Mohamed (kiri) menyampaikan cek dan trofi kepada Mohd Sufwan (kanan) pada pentas akhir Da’i Pendakwah Nusantara di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. – Foto Mahzir Mat Isa

MOHD Sufwan (tengah) bersama Naib Juara, Muhammad Nasrul Nizam (kanan) dan pemenang tempat ketiga, Mohamad Saiful pada pentas akhir Da’i Pendakwah Nusantara di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. – Foto Mahzir Mat Isa

Program itu disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Sepanjang 12 minggu bersiaran, Da’i dihoskan Datuk Rosyam Nor dan pengacara bersama, Zainal Ariffin.

Program itu menyaksikan 70 peratus markah Adalah daripada juri tetap profesional iaitu Datuk Dr Izhar Arif dan Mohamad Zarifi Mohamad Daud, 20 peratus lagi diberikan murabbi Da’i musim keempat, Zul Ramli serta Dr Robiah K.Hamzah, manakala selebihnya daripada juri awam.

Mohd Sufwan dinobat juara Da'i Pendakwah Nusantara

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *