Mr_Os_1.jpg

Mr. Os Meninggal Dunia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pelakon dan pelawak terkenal Mr. Os, atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid, 55, menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.50 petang di Hospital Selayang, hari ini.

Perkara tersebut disahkan oleh anak Allahyarham menerusi laman sosial Facebooknya, hari ini.

“Abah saya mohd yusof bin Abdul Hamid (mr.os) telah kembali kerahmatullah sebentar tadi.

“Mohon ampun dan maaf dari pihak keluarga andai arwah pernah mengguris atau melukakan hati sesiapa dalam sedar atau Tak,” tulis Husna Yusof dalam entri tersebut.

Menurut Husna, jenazah bapanya akan di bawa pulang ke Gombak.

Sementara itu, memetik laporan Berita Harian, Allahyarham meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

Mr. Os yang dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak memulakan kerjaya sebagai pelakon filem pada tahun 1986 menerusi filem Balik Kampung.

Pada tahun kemudiannya, iaitu tahun 1987, beliau diberikan kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem Mr Os.

Mr. Os Meninggal Dunia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *