capture-20180717-093946.png

"Muat Naik Benda Baik Sekalipun, Pasti Akan Ada Yang Mengata"

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Penghibur nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan beliau membataskan perkongsian wajah anaknya, Siti Aafiyah di laman sosial atas nasihat suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Kata suami, kalau terlalu kerap muat naik, pasti akan ada yang mengata. Biasalah manusia, Tak semua perkara dilihat dari sudut positif.

“Muat naik benda yang baik sekalipun, pasti akan ada yang mengata. Jadi, Siti ikut saranan suami kerana itu yang terbaik,” katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Dalam pada itu, penyanyi Gita popular Segala Perasaan ini mengakui menyekat pengikut biadap dan melemparkan pelbagai komen negatif di Instagram miliknya.

Pendekatan itu diambil demi menjaga keharmonian dan Tak mahu emosinya terbawa-bawa dengan aura negatif pengikut terbabit.

“Kalau komen yang ditinggalkan itu negatif, tetapi membina, saya boleh terima. Selalunya, mereka yang melontarkan komen sebegitu sengaja melakukannya untuk memancing emosi saya.

“Daripada terikut-ikut dengan permainan mereka, lebih baik saya sekat awal-awal. IG saya ibarat rumah dan saya perlu jaga keharmoniannya,” katanya.

"Muat Naik Benda Baik Sekalipun, Pasti Akan Ada Yang Mengata"

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *