fea49677fd20bb5e52d04db2946b6e72.jpg

Mufti nasihat Zakir Naik tak terlibat acara di Perlis

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan penganjur mengecualikan Dr Zakir Naik daripada acara di negeri itu yang bermula hari ini.

Nasihat itu dibuat dengan mengambil kira “maslahat” Dr Zakir dan keluarga penceramah kelahiran India itu.

“(Tangguh acara Dr Zakir) bukan kerana benci pada dia tetapi untuk kebaikan dia dan keluarga dia.

“Umat Islam secara umumnya mahu kita berikan laluan pada Dr Zakir. Majoriti mahukannya,” kata Asri ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.

Nasihat mufti itu dinyatakan secara rasmi dalam surat kepada penganjur One Centre Malaysia, sebuah NGO dakwah Perlis, hari ini.

“Untuk kemaslahatan Dr Zakir dan keluarga beliau, maka pihak jabatan ini ingin menasihatkan pihak tuan supaya mengecualikan beliau dan keluarga dalam program Malaysia Reverts Camp 2019,” menurut surat yang dilihat Malaysiakini.


Salinan surat mufti kepada penganjur

‘Pihak yang berniat Tak baik’

Surat itu juga menyatakan kebimbangan berlakunya gangguan terhadap Zakir dan keluarganya disebabkan isu-isu yang akan dibangkitkan oleh “pihak yang berniat Tak baik”.

“Sehubungan dengan itu, usaha dakwah yang bersungguh-sungguh dari pihak tuan akan dapat diteruskan,” kata mufti lagi dalam surat itu.

Zakir sekeluarga – termasuk isteri dan dua anaknya – dijadual terlibat dalam acara tiga hari yang melibatkan ramai tokoh pendakwah mualaf terkenal, antaranya Xifu Naser, Shah Kirit, Firdaus Wong, Zamri Vinoth dan Ridhuan Tee.

Zakir sepatutnya terlibat dengan sesi soal jawab terbuka dan berkongsi pandangan berkaitan al-Quran sebagai sumber kebahagian.

Anaknya Fariq, yang dilihat sebagai pengganti bapanya, sepatutnya bercakap soal dakwah manakala anak dan isteri Zakir pula dijadual terlibat dalam acara bersama kaum Muslimah.

Zakir yang kini pemastautin tetap Malaysia mencetuskan kontroversi baru selepas dilapor mempersoal kesetiaan penganut Hindu kepada perdana menteri dan mencadangkan “tetamu lama” Cina pulang dahulu sebelumnya.

Zakir mendakwa laporan berkaitan kenyataannya di Kelantan minggu lepas dipetik di luar konteks.

Boleh datang

Sementara itu, menjawab soalan, Asri berkata beliau tiada masalah jika Dr Zakir ingin tetap berkunjung ke negeri Perlis.

“Nak datang tiada masalah. Berucap saja Tak,” kata mufti lagi.

Ditanya berkaitan kritikan diterima Dr Zakir setelah program di Kelantan minggu lepas, Asri berkata bukan semua orang Tak Senang dengan program sebegitu.

Asri juga berkata program Zakir di Perlis telah disusun sebelum acara di Kelantan berlangsung lagi.

Desakan Zakir dihantar pulang ke negara asal kedengaran selepas kaedah ceramahnya yang memetik kitab agama lain Tak disenangi.

Kerajaan India juga menuntut Zakir dihantar pulang bagi berdepan pertuduhan pengubahan wang haram di negara itu. Zakir menafikan tuduhan itu.

Mufti nasihat Zakir Naik tak terlibat acara di Perlis

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail