21manjung.transformed.jpg

Muhamad Hanif Othman dilantik KPD Manjung

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MANJUNG: Bekas Ketua Jabatan Sumber Strategi dan Teknologi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Muhamad Hanif Othman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Manjung, berkuat kuasa hari ini.

Mohd Zailan (kiri) menyerahkan tugas kepada Muhamad Hanif (kanan) sambil diperhatikan Hasnan (tengah) pada Majlis Serah terima tugas Ketua Polis Darerah Manjung yang diadakan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Seri Manjung. – Foto Noor Hidayah Tanzizi

Muhamad Hanif mengambil alih jawatan itu daripada ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah yang bersara wajib.

Majlis Serah terima tugas yang diadakan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung itu disaksikan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan.

Mohd Zailan telah berkhidmat di IPD Manjung sejak 15 April 2014 selepas berkhidmat dalam pelbagai cawangan termasuk di Perlis, Kelantan, Pahang, Bukit Aman dan pernah menyertai misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan.

Pada majlis itu, turut diadakan serah terima tugas antara Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Manjung, Tengku Muziah Tengku Mohd Yusof dengan isteri Muhamad Hanif, Azura Abdullah Afendi yang dilantik memegang jawatan itu.

Penyerahan tugas itu disaksikan Pengerusi PERKEP Perak, Datin Zuriani Mohd Kamal.

Muhamad Hanif Othman dilantik KPD Manjung

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *