pas2_1536807454.jpg

Muktamar PAS bermula

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA TERENGGANU: Hari ini, bermulalah Muktamar Tahunan PAS Ke-64 yang dinanti-nanti, dengan Muktamar Dewan Ulama PAS menjadi pembuka tirai pagi ini di Hotel Permai, di sini.

Muktamar Dewan Pemuda PAS juga akan berlangsung bermula petang ini di Duyong Marina & Resort, Nusa Duyong, di sini, dengan muktamar selama empat hari ini dijangka menjadi yang paling panas dalam sejarah muktamar PAS.

Muktamar Ulama PAS pagi ini Akan dirasmikan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, manakala Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan membuka tirai mesyuarat perwakilan Pemuda Pas.

Lebih 10,000 orang dijangka menghadiri muktamar yang kemuncak acaranya iaitu Muktamar PAS Pusat akan berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, bermula Sabtu ini.

Muktamar Dewan Muslimat PAS pula akan bermula esok di Taman Tamadun Islam, di sini.

SEBAHAGIAN para perwakilan Dewan Ulama Pas yang hadir di Muktamar Tahunan PAS Ke-64 di Hotel Permai Inn. – Foto Ghazali Kori

Muktamar kali ini dilaporkan Akan menjadi pencorak hala tuju parti berteraskan Islam itu dalam membentuk hubungan kerjasama dengan parti pembangkang termasuk UMNO yang menjadi seteru politik PAS selama ini.

Pastinya apa yang menjadi tumpuan ramai dalam muktamar kali ini ialah ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar PAS Pusat Sabtu ini, dalam mencatur apa yang diuar-uarkan sebagai kerjasama politik baharu itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara pemimpin parti pembangkang yang sudah mengesahkan untuk hadir dan secara ‘berdepan’ berpeluang mengikuti ucapan Abdul Hadi.

Muktamar PAS bermula

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *