WhatsApp_Image_2017-12-28_at_10.51.49_1.jpeg.transformed.jpg

Murid tahun satu di Putrajaya meningkat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PUTRAJAYA: Seramai 4,000 murid Tahun Satu akan memulakan sesi persekolahan di 14 sekolah rendah sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, pada 2 Januari tahun depan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Roaini Jaafar, berkata tahun ini bilangan murid tahun satu di Putrajaya meningkat berbanding tahun lalu iaitu seramai kira-kira 3,000.

Katanya, memandang kepada rekod murid, Tahun Satu menunjukkan trend pertambahan setiap tahun berikutan pertambahan penduduk di Putrajaya, sekali gus membuatkan jumlah guru turut ditingkatkan bagi memenuhi keperluan.

“Setakat ini, sekolah di Putrajaya masih dapat menampung pertambahan pelajar dengan kemudahan yang ada terutama bagi murid Tahun Satu.

“Seramai 1,168 guru berkhidmat di sekolah rendah seluruh Putrajaya tahun ini selain 684 guru di sekolah menengah iaitu meningkat kira-kira 200 berbanding tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan Program Hari Orientasi dan Pendaftaran Murid Prasekolah dan Tahun Satu Sesi Persekolahan 2018 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint (SKPP) 11(2), di sini, hari ini.

TINJAUAN hari pendaftaran dan orientasi tahun 1 & prasekolah tahun 2018 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (2). – Foto Mohd Fadli Hamzah

Kebanyakan guru di SKPP 11(2) termasuk Guru Besar, Nor Aizah Ismail, berpakaian watak dunia fantasi seperti Pakar sihir dan puteri bagi menarik perhatian dan mengalu-alukan kehadiran seramai 320 murid tahun satu yang mendaftar di SKPP 11 (2) hari ini.

Selain itu, Roaini berkata, tahap keyakinan dalam kalangan pelajar Tahun Satu yang memasuki alam persekolahan dilihat amat tinggi sekali gus membuktikan Konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) dalam sistem pendidikan membuahkan hasil.

“Kebanyakan mereka Tak lagi takut untuk menempuh alam persekolahan dan kelihatan sudah boleh Mandiri,” katanya.

Sementara itu, murid Tahun Satu SKPP 11(2), Azfa Amir Kushairi, 7, berkata dia gembira dan Tak takut ke sekolah.

“Sebelum ini sudah biasa ke tadika setiap pagi. Jadi, tiada masalah bangun pagi dan saya seronok untuk berjumpa dengan rakan baharu,” katanya.

Murid tahun satu di Putrajaya meningkat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *