HQ070617AZ004.jpg.transformed.jpg

Musa Hassan nafi Najib hubungi kaitan kes Altantuyaa

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MUSA memegang buku catatan Perharian Rasmi ketika beliau menjawat jawatan Ketua Polis Negara pada sidang media berikutan penyebaran maklumat palsu di Shah Village Hotel. – Foto Asyraf Hamzah

PETALING JAYA: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan Datuk Seri Najib Razak pernah menghubunginya membincangkan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 19 November 2006, seperti didakwa pengendali laman web STEADYAKU47.

Katanya, laporan bertajuk ‘Najib & Shafee Abdullah Texting’ yang turut mengaitkan nama beliau Adalah laporan palsu, Rekaan dan berniat jahat terhadapnya dan Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap penyebar Rekaan itu dengan segera.

“Najib Tak pernah sekali pun menghubungi saya untuk membincangkan kes Altantuyaa pada tarikh dan masa yang didakwa. Justeru, di sini saya memohon polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap penyebar Rekaan dengan segera,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Musa turut membawa diari peribadi untuk membuktikan pada tarikh dan masa yang didakwa pengendali laman web berkenaan, beliau berada di Perak atas urusan kerja.

Pengendali blog itu mendakwa Najib menghubungi Musa pada 19 November 2006, jam 4.25 petang.

Musa Hassan nafi Najib hubungi kaitan kes Altantuyaa

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *