Fethullah_Gulen2.transformed.jpg

Musuh Erdogan nafi dalang cubaan rampasan kuasa

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan (kiri) dan Fethullah Gulen. – Foto fail AFP

NEW YORK: Ulama yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan sekutu bekas Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Fethullah Gulen menafikan menjadi dalang di sebalik cubaan rampasan kuasa di Turki dan mengutuk cubaan itu sekeras-kerasnya.

“Sebagai seorang yang hidup menderita selepas melalui beberapa insiden rampasan kuasa tentera sepanjang tempoh lima dekad lalu, terhina rasanya Bila dituduh ada kaitan dengan cubaan seumpama itu. Saya menafikan tuduhan itu,” kata Gulen dalam satu kenyataan ringkas sejurus sebelum tengah malam semalam.

“Saya mengutuk, sekeras-kerasnya cubaan rampasan kuasa oleh tentera di Turki,” menurut kenyataan dua perenggan itu.

“Kerajaan perlu dikuasai melalui proses pilihan raya yang bebas dan adil serta bukan secara paksaan.

“Saya berdoa untuk Turki, untuk warga Turki, dan untuk semua yang berada di Turki supaya keadaan ini diselesaikan secara aman dan pantas.”

Erdogan menuduh pendakwah Islam yang kini tinggal di sebuah bandar kecil di Pocono Mountains Pennsylvania, AS menjadi dalang di sebalik rampasan kuasa.

Gulen, 75, pernah menjadi sekutu rapat Erdogan tetapi beralih arah beberapa tahun kebelakangan ini berikutan rasa curiga Erdogan terhadap gerakan Gulen, Hizmet, dan kehadiran pengaruh kuatnya dalam masyarakat Turki, termasuk media, polis dan badan kehakiman.

Pendakwah itu berpindah ke Amerika Syarikat pada 1999, sebelum didakwa sebagai pengkhianat di negara asalnya. – AFP

Musuh Erdogan nafi dalang cubaan rampasan kuasa

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *