17Raffaele_Giusta.transformed.jpg

MV Agusta sasar jual 15 motosikal tahun ini

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENGARAH Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Mohamad Dalib (dua dari kanan) ketika merasmikan pembukaan MV Agusta Malaysia Life Style Center hari ini. Turut hadir Raffaele Giusta (tiga dari kiri) dan Hu Ying (kanan). – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: MV Agusta SPA Italy menyasar menjual 15 unit motosikalnya di Malaysia menjelang akhir tahun ini, kata Pengarah Jualan dan Pemasarannya Raffaele Giusta.

Beliau berkata, sasaran itu mampu dicapai kerana syarikat itu memberi tumpuan ke atas kualiti motosikal dan kepuasan pelanggan, selain membawa masuk model baharu ke Malaysia.

“Prinsip kami sudah berubah sepenuhnya berbanding tiga tahun lalu.

“Walaupun jenama kami lebih Tertentu, kami menetapkan jenama kami dalam sektor premium yang lebih tinggi dengan sesuatu yang berbeza dari segi bentuk, motosikal yang lebih menarik, prestasi, kuasa, identiti malah masa untuk kami memberi tumpuan ke atas kualiti dan kepuasan pengguna,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Gaya Hidup MV Agusta Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata, unit yang dijual dijangka meningkat kepada 30 unit pada 2018, dan akan meningkat setiap tahun.

“Kini kami mempunyai enam model baharu iaitu Brutale 800, Brutale 1090, Brutale Dragster RR, Turismo Veloce, Turismo Veloce Lusso RC dan F4RR dengan harga permulaan daripada RM90, 000. Menjelang akhir tahun, enam model baharu akan dibawa masuk,” katanya.

Yang turut hadir, Pengarah Kejuruteraan Automobil Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Mohamad Dalib; Pengarah Urusan Moto Varese Asiatic Sdn Bhd, Mohamad Zamry Abu Samah dan Pengarah Eksekutif DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd, Hu Ying.

Moto Varese Asiatic dilantik oleh DNC Asiatic Holdings sebagai pengedar tunggal dan menyediakan khidmat selepas jualan bagi MV Agusta di Malaysia.

Mengulas mengenai pembukaan Pusat Gaya Hidup MV Agusta Malaysia, Mohamad Zamry, berkata beberapa cawangan lain akan dibuka di Sabah, Sarawak, Kota Bharu, Johor Bahru dan Pantai Timur menjelang hujung tahun ini.

“Kami melantik rakan pengedar, KB Soon Huat Motor di Nusa Pinang sebagai pusat MV Agusta di utara, dan beberapa pengedar lain dikenal pasti bagi mengembangkan lagi pasaran MV Agusta ke seluruh negara, ” katanya.

BERNAMA

MV Agusta sasar jual 15 motosikal tahun ini

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *