03gustovo.transformed.jpg

Myanmar setuju lawatan PBB

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

NEW YORK: Myanmar membenarkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melawat negara itu selepas beberapa bulan menyatakan bantahan tetapi Tak pasti sama ada duta dibenarkan mengunjungi negeri Rakhine.

Hampir 700,000 penduduk Islam Rohingya melarikan diri dari Rakhine dan kini menetap dalam kem pelarian sesak di Bangladesh sejak tentera Myanmar melancarkan operasi Ogos lalu.

Selepas majlis berkenaan mencadangkan lawatan Februari lalu, kerajaan Myanmar berkata ‘bukan masanya’ tetapi kini Menyodorkan lampu hijau.

Duta Peru, Gustavo Meza-Cuadra, yang memegang giliran sebagai presiden Majlis Keselamatan, berkata butiran jadual perjalanan belum dimuktamadkan, termasuk sama ada kerajaan membenarkan mereka melawat Rakhine.

Duta Besar Gustavo Meza-Cuadra, Perwakilan Tetap Peru ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Presiden Majlis Keselamatan untuk bulan April bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. – Foto EPA-EFE

“Memang jelas kami berminat melawat Rakhine. Tiada yang lebih baik selain mengunjungi lokasi itu untuk memandang keadaan sebenar,” katanya.

Britain, Kuwait dan Peru menganjurkan lawatan majlis itu, yang termasuk kunjungan ke kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar. Tiada tarikh diumumkan berhubung lawatan itu.

Pihak berkuasa Myanmar berkata, operasi di Rakhine bertujuan menghapuskan militan, tetapi Majlis Keselamatan menuntut penduduk Rohingya dibenarkan pulang dengan selamat. – AFP

Myanmar setuju lawatan PBB

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *