image282129.jpg

Nabil Ahmad Ikut Amalan Ibu Sentiasa Bersedekah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pelawak dan pengacara yang semakin meningkat naik dalam industri seni tanah air, Nabil Ahmad Akan muncul dengan sebuah buku Tak lama lagi.

Buku tersebut mengisahkan tentang perjalanan hidupnya sebelum bergelar selebriti sehingga kini.

“Saya ada menulis dan berkongsi tentang pengalaman kehidupan saya sebelum bergelar Seniman sehingga sekarang, bak kata orang from zero to hero la,” katanya.

Menurut Nabil, ramai yang bertanyakan tentang apa yang diamalkan olehnya sehingga membuatkan ramai orang berasa selesa dan bahagia dengannya.

“Mereka minta apa yang saya amalkan yang membuatkan orang sekeliling berasa bahagia dengan saya dan antara yang saya kongsi ialah amalan ibu saya sentiasa bersedekah dengan duit yang dia ada kepada orang yang memerlukan.

“Jika ibu saya ada RM10 di tangan dia akan bagi orang yang bersedekah separuh duit yang dia ada, perkara itu juga saya ikut sehingga sekarang,” ujarnya.

Semoga buku yang Akan dilancarkan olehnya Akan sukses!

Nabil Ahmad Ikut Amalan Ibu Sentiasa Bersedekah

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *