Nad_Zainal18m.transformed.jpg

Nad Zainal hamil 4 bulan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PELAKON, Nad Zainal. – Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

SHAH ALAM: Tampil memberi penjelasan, pelakon Nad Zainal mengesahkan dirinya hamil empat bulan.

Kenyataan itu sekali gus menepis dakwaan kononnya Nad menafikan dirinya hamil seperti yang dihebohkan sebelum ini.

Nad berkata, dia merahsiakan berita gembira itu atas nasihat ibu dan doktor.

“Kandungan saya sekarang ini berusia empat bulan lebih. Sebelum ini, saya pernah berkongsi berita kehamilan saya dalam akaun Instagram. Tetapi kemudian, saya padam status itu.

“Bukan niat saya menyembunyikan berita itu. Semuanya atas nasihat doktor dan ibu. Ketika itu, kandungan saya baru berusia 18 minggu dan masih terlalu awal.

“Mereka bimbang sesuatu yang jelek berlaku kerana dalam usia begitu, rahim masih belum kuat,” katanya ketika ditemui pada majlis Ramadan Preview – Iftar@Intekma, di sini.

Dijangka melahirkan bayi Oktober depan, pemenang trofi Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH 2014 mengakui Tak sabar untuk mengetahui jantina bayi sulungnya itu.

“Sebelum ini saya menjalani teknik Isapan kandungan tetapi tak nampak jantinanya. Kalau boleh, saya nak anak perempuan sebab boleh bergaya comel,” kata pelakon serba boleh ini.

Nad Zainal hamil 4 bulan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *