yber.transformed.jpg

Nahas LPT2: Terima kasih YB Rosli

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENGERUSI Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Ir Rosli Othman. – Foto Shamsudin Husin

CHUKAI: Keluarga mangsa kemalangan maut di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berterima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman yang membiayai pengurusan jenazah Pakar keluarga mereka.

Azam Ngah, 44, abang kepada arwah Mahani Ngah, berkata dia sangat terharu dengan bantuan EXCO terbabit yang menguruskan jenazah adiknya serta dua anak saudaranya Quraitulnisa Ahmad Nasal, 11, dan Ahmad Nijat Ahmad Nasal, 9.

“Bagi pihak keluarga, saya sangat terharu dan berterima kasih kepada Rosli yang turut menyediakan dua kereta jenazah bagi menghantar adik dan anak saudara Sampai selamat tiba di Durian Guling Marang untuk dikebumikan,” katanya. 

“Jenazah semua mereka selamat dikebumikan di Kampung, kira-kira jam 11.30 pagi tadi,” katanya.

Sementara itu, Busyarah Ahmad Razis, 35, berkata dia turut menghargai sumbangan daripada EXCO terbabit yang mewakili kerajaan negeri bagi mengurangkan Nestapa Pakar keluarga,” katanya. 

Katanya, jenazah kedua ibu bapa iaitu Ahmad Razis Abdul Rahman, 63, dan Pauziah Awang, 56, serta anak sulungnya, Sofea Adriana Shahruddin, 7, dibawa dengan dua van jenazah ke Shah Alam, Selangor dan semua mangsa dikebumikan kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Nahas LPT2: Terima kasih YB Rosli

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *