WhatsApp_Image_2017-06-24_at_1.30.30_PM.jpeg.transformed.jpg

Nahas ragut 1 maut, 3 cedera

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KEADAAN kenderaan yang remuk dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan bertembung di Jalan Kuala Kangsar-Gerik dekat Kampung Biong, Kuala Kangsar. – Foto ihsan Bomba

KUALA KANGSAR: Seorang maut manakala tiga cedera Bila dua kenderaan bertembung di Jalan Kuala Kangsar-Gerik dekat Kampung Biong, dekat sini pagi tadi. 

Dalam kemalangan kira-kira jam 9.15 pagi itu, pemandu PROTON Wira, Mohd Farid Mohamad Nor, 31, maut di tempat kejadian dan tersepit di tempat duduk kenderaan. 

Dipercayai kemalangan berlaku selepas PROTON Wira dinaiki dua lelaki dalam perjalanan dari Lenggong ke Kuala Kangsar bertembung dengan Toyota Avanza dinaiki tujuh orang dari arah bertentangan. 

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong, Mohd Efendy Md Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.30 pagi dan setiba di tempat kejadian mendapati terdapat sebuah PROTON Wira remuk dengan seorang mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

 “Pasukan kami menggunakan alat pemotong hidraulik untuk mengeluarkan mangsa yang disahkan sudah meninggal di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini. 

Mohd Efendy berkata, mereka yang cedera ialah penumpang PROTON Wira dipercayai bapa kepada mangsa yang maut serta dua penumpang Toyota Avanza. 

Katanya, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 11 pagi.

KEADAAN kenderaan yang remuk dalam kemalangan di Jalan Kuala Kangsar-Gerik dekat Kampung Biong, Kuala Kangsar. – Foto ihsan Bomba

Nahas ragut 1 maut, 3 cedera

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *